Selasa, 24 November 2009

HEM,, HARDDISK TERKECIL


Didalam sebuah kajian yg dijalankan pada Mac 2007, sebuah syarikat penyelidikan pasaran, IDC Institute, telah mengira jumlah data yg disimpan diseluruh dunia. Menurut kajian ini, jumlah data dijangkakan 161 exabytes in 2006. Ramalan mereka untuk tahun 2010 adalah sebanyak 988 exabytes - 988 000 000 000 000 megabytes!
Harddisk pertama dibina pada tahun 1956 iaitu IBM 350 yg merupakan sebahagian dari mainframe IBM 350 RAMAC. Harddisk ini mempunyai 2 head yg berbeza untuk read and write data diatas 50 magnetik disk yg berputar 1,200 rpm. Kapasitinya pada masa itu hanyalah 4.44 MB!!
Pada Januari 2004 di Consumer Electronic Show, Toshiba telah memperkenalkan harddisk bersaiz hanya 0.85 inchi dengan kapasiti 4GB. Harddisk ini telah dimasukkan didalam buku rekod dunia sebagai harddisk terkecil yg telah dicipta dan dipasarkan!!!
Saiz sebuah harddisk yg dinyatakan sebenarnya tiada kena mengena dengan saiz sebenar harddisk tersebut. Sebagai contoh, bagi sebuah harddisk 3.5 inchi, kelebaran sebenar adalah 10 cm bersamaan 3.937 inchi!!
Kajian oleh Google Inc pada 2007 mendapati jangka hayat sebuah harddisk lebih lama pada suhu sekitar 40*C. Suhu diatas 45*C atau dibawah 30*C akan memendekkan jangka hayat sebuah harddisk.
Semasa mengira kapasiti sebuah harddisk, pengeluar mengira mengguna kiraan nombor kuasa 10. Tetapi komputer mengira menggunakan kiraan nombor kuasa 2. Sebab itu jika kita beli harddisk 250GB, kita hanya dapat 232GB.


1 komentar:

Aditya Putra mengatakan...

banyangin kalau semua harddisk segitu semua jadi serba simple yah . . .

thnks infonya

Posting Komentar